Misi wajib menang Sang Kenari

Misi wajib menang Sang Kenari

PEMAIN Kedah menjalani latihan akhir di Bali semalam menjelang pertemuan menentang Visakha FC hari ini. - IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Wajib turun dengan mentaliti kemenangan!

Itu penegasan Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak kepada anak-anak buahnya yang bakal menentang Visakha FC dalam aksi terakhir Kumpulan H, Piala AFC malam ini.

Kata Aidil, beliau tidak mahu pemain terlalu memikirkan perkara lain dengan semua individu yang diturunkan perlu fokus mencapai satu matlamat iaitu meraih kemenangan.

“Sama ada mereka bermula sebagai kesebelasan utama atau pemain gantian, setiap seorang pemain KDA FC harus memberikan yang terbaik malam esok. Dalam bola sepak, kita kena bekerja keras untuk mencari kemenangan dan bukannya bersikap selesa mahu pun terlalu memikirkan sama ada pasukan lawan itu kuat atau tidak.

 

KEDAH mahu meneruskan momentum kemenangan ketika menumpaskan Kaya FC-Iloilo 4-1, Isnin lalu apabila berdepan Visakha FC malam ini. – IHSAN KDA FC

“Yang menentukan kemenangan bukannya orang lain sebaliknya diri kita bersama rakan sepasukan sendiri. Sebab itu saya mahu semua pemain turun dengan mentaliti untuk menang,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan pasukan, Aidil berkata, beliau bersyukur kerana tiada dalam kalangan pemainnya yang cedera walaupun melalui jadual padat di Bali.

“Sesi pemulihan selepas dua perlawanan dilalui juga berjalan cukup lancar. Namun apa yang lebih menggembirakan, para pemain tampak amat positif untuk berdepan Visakha.

“Ketika ini saingan untuk layak ke pusingan seterusnya amat terbuka dan itu menjadi motivasi terbesar kami menjelang perlawanan esok. Visakha mungkin selesa kerana telah menang dua perlawanan tetapi kami, cukup bermotivasi untuk meraih tiga mata malam esok,” katanya.

AIDIL memberi arahan kepada pemain Kedah ketika melakukan persiapan akhir.

Bagaimanapun, Aidil mengakui Visakha merupakan sebuah pasukan yang bagus.

“Rasanya semua kita tahu tentang perkara itu dan mereka juga sudah menang dua kali berturut-turut. Tetapi dalam bola sepak, anda perlu percaya bahawa situasinya sentiasa seimbang apabila kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan 0-0, dan kita perlu berusaha keras mencatat kemenangan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya