Malayan Tigress tampil lebih baik

Malayan Tigress tampil lebih baik

AKSI Malaysia menentang Bangladesh di Dhaka hari ini berakhir 0-0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dibelasah 6-0 dalam perlawanan pertama Khamis lalu, skuad bola sepak wanita negara mempamer aksi lebih baik hari ini apabila mengikat Bangladesh 0-0 di Dhaka, sebentar tadi.

Dalam aksi persahabatan di Stadium Bir Sherestha Shaheed Shipahi Mostafa Kamal itu, anak-anak buah Jacob Joseph tampil lebih berani biarpun tuan rumah menguasai permainan.

Dua perlawanan di tempat lawan pastinya menjadi pengajaran berguna buat skuad Malayan Tigress dalam persiapan  menghadapi Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Wanita 2022, bulan depan.

Bangladesh jelas pasukan yang lebih baik apabila pemain mereka dilihat cukup yakin mengawal bola dan berjaya mendominasi hampir keseluruhan permainan di babak pertama.

AKSI Malaysia menentang Bangladesh di Dhaka hari ini berakhir 0-0.

Positifnya bagi Malaysia pula dilihat daripada segi pertahanan yang penuh disipilin selain usaha untuk mara ke kawasan gawang tuan rumah.

Baki 10 minit terakhir memperlihatkan usaha berterusan Bangladesh untuk mencari kemenangan kedua ke atas Malaysia namun penjaga gol negara, Azurin Mazlan berjaya menafikan hasrat tuan rumah memperoleh gol sehinggalah tamat masa perlawanan.

Selepas ini skuad negara akan berlepas ke Filipina untuk mengharungi Kejohanan AFF Wanita 2022.

Skuad negara kini menduduki ranking ke-85 dunia akan memulakan kempen di Manila menentang Singapura pada 4 Julai diikuti Indonesia selang dua hari kemudian.

Filipina terus menjadi lawan yang bakal ditempuhi pada 8 Julai, Thailand (10 Julai) dan Australia (12 Julai). — UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya