Maguire raikan hari bahagia di Perancis

Maguire raikan hari bahagia di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Harry Maguire berkongsi detik yang ‘tidak akan saya lupakan’ apabila mengahwini kekasihnya, Fern Hawkins dalam majlis gemilang dekat sebuah gereja di Perancis hari ini.

Tonggak pertahanan Manchester United dan England itu berkongsi gambar perkahwinannya di media sosial.

Hanya keluarga dan rakan-rakan terdekat dijemput menghadiri majlis yang berlangsung dekat Chateau de Varennes di selatan Perancis yang disenaraikan antara 10 lokasi perkahwinan terbaik dunia.

Harry, 29, dan Fern, 27, serta jemputan diterbangkan dengan jet peribadi ke Perancis Khamis lalu.

Fern kemudian disertai pengapitnya, termasuk isteri penjaga gol England, Jordan Pickford, Megan Davison.

Adik Harry, Daisy, 21, menjadi pengapit terhormat majlis itu, manakala ibu bapanya Zoe dan Alan serta adik-beradiknya yang lain, Laurence, 25, dan Joe, 30, turut diterbangkan dari rumah mereka di  Sheffield.

Majlis tersebut diadakan selepas mereka mendaftarkan perkahwinan di Pejabat Pendaftaran Crewe bulan lalu untuk mendapatkan sijil perkahwinan United Kingdom (UK).

Sekitar 30 tetamu menghadiri majlis berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya