Luqman mahu tebus kecewa Sukan SEA

Luqman mahu tebus kecewa Sukan SEA

LUQMAN Hakim Shamsudin mahu menebus kecewa Sukan SEA pada Piala Asia bawah 23 tahun yang memulakan kempen di Tashkent, Uzbekistan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pulang dari Sukan SEA ke-31 di Vietnam tanpa sebarang pingat, pentas Piala Asia B-23 di ­Uzbekistan akan dijadikan me­dan menebus kehampaan.

Itulah janji dan keyakinan dilaungkan penyerang skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Luqman Hakim Shamsudin men­jelang saingan menentang Korea Selatan malam ini.

Luqman yang berkelana de­ngan kelab Belgium KV Kortrijk yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan Indonesia bagi penentuan pi­ngat gangsa tekad menebus kekecewaannya.

“Sebagai penyerang, saya per­lu perbaiki penyudah. ​​Setiap orang ada kelemahan, dan saya sedar kekurangan.

“Saya belum lagi menjadi pemain terbaik. Saya masih perlu memperbaiki dan mencari penyelesaian kepada kelemahan saya. Saya sedang melakukannya sekarang,” katanya.

LUQMAN Hakim kecewa selepas gagal menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti  dalam aksi Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA di Vietnam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Bagi Piala Asia 2022 yang membuka tirai semalam sehingga 19 Jun ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama dua gergasi Asia Tenggara, Vietnam, Thailand dan Korea Selatan.

Selepas berdepan Korea, anak-anak buah Brad Maloney akan menentang Thailand, ­Sabtu ini.

Vietnam seterusnya menjadi lawan terakhir Malaysia di ­peringkat kumpulan, Rabu depan dengan perlawanan diadakan di Stadium Lokomotiv dan Stadium Bunyodkor di Tashkent.

Pasukan Malaysia B-23 ­ber­jaya menewaskan Thailand 2-1 dalam peringkat kumpulan pada Sukan SEA tetapi tumbang tipis 1-0 kepada tuan rumah, ­Vietnam pada separuh akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya