LONDON: Romelu Lukaku bakal kembali ke pangkuan Inter Milan menerusi pinjaman selama setahun selepas gersasi Serie A itu mencapai perjanjian 8 juta euro (RM37.02 juta) bersama Chelsea.
Lukaku, 29, mengharungi musim mengecewakan di Stamford Bridge, malah amat terdesak untuk kembali ke San Siro sehingga bersetuju memotong gajinya.
Penyerang Belgium itu menyertai Chelsea sebelum musim lalu bermula dan mendakwa ia kepulangan penuh emosi selepas bermain buat kelab itu dari 2011 hingga 2014.

Begitupun, dia hanya menjaringkan empat gol dalam empat penampilan pertama, dan kariernya di London semakin suram.
Lukaku menamatkan musim ini sebagai penjaring terbanyak Blues dengan 15 gol tetapi bekas penyerang Manchester United dan Everton itu hanya menemui gawang lapan kali dalam Liga Perdana Inggeris.
Dia hanya meledak tiga kali dalam 15 aksi terakhir liga dan gagal memenuhi reputasi selaku pemain yang dibeli pada harga rekod kelab, 100 juta pound (RM539.03 juta). – AFP