Kereta mewah Ronaldo bernilai RM9.17 juta terbabit kemalangan

Kereta mewah Ronaldo bernilai RM9.17 juta terbabit kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJORCA, Sepanyol: Kereta mewah milik Cristiano Ronaldo bernilai 1.7 juta pound (RM9.17 juta) terbabit dalam kemalangan di Majorca semalam.

Bugatti Veyron tersebut bagaimanapun dilaporkan tidak dipandu oleh bintang Portugal dan Manchester United itu ketika kejadian.

Pengawal peribadinya yang merempuh tembok kediaman di Sa Coma, Bunyola, Palma de Majorca, di mana Ronaldo sedang bercuti bersama keluarganya.

Pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan dikatakan sudah membuat laporan polis.

“Seorang pekerja Cristiano sedang memandu ketika itu dan bukan Cristiano. Dia tidak berada di tempat kejadian ketika pegawai tiba,” kata polis.

Bugatti Veyron itu adalah hadiah hari jadi daripada pasangannya Georgina Rodriguez yang diterbangkan dari Manchester untuk percutian tersebut.

Bugatti tersebut antara koleksi kereta mewah Ronaldo, selain Aston Martin, Bentley dan Ferrari Monza.

Ronaldo turut memiliki Bugatti Centodieci, model edisi khas yang hanya dikeluarkan sebanyak 10 unit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN