Kelantan United rehatkan pemain terpalit kes rogol

Kelantan United rehatkan pemain terpalit kes rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United FC mengesahkan pemain pasukan itu merupakan individu yang dikatakan terlibat dengan dakwaan merogol seorang gadis berusia 18 tahun sebagaimana dilaporkan oleh media baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Kelantan United, Wan Mohd. Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, pihak berkuasa diberikan kepercayaan penuh untuk menjalankan siasatan dan menunggu laporan penuh berhubung kes tersebut.

Menurutnya, susulan itu pemain berusia 28 tahun direhatkan daripada menyertai sesi latihan dan aksi perlawanan Liga Perdana sehingga dimaklumkan kelak.

“Kami (Kelantan United) sentiasa mendukung penuh undang-undang negara. Kelantan United juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan tidak bermoral oleh mana-mana pihak di dalam pasukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd. Zul Ikman memberitahu, bagaimanapun Kelantan United FC berpegang kepada prinsip ‘seseorang itu masih tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah’.

Katanya, jika pemain tersebut didapati bersalah oleh badan perundangan maka satu tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemain bola sepak dicekup selepas dipercayai merogol gadis di sebuah rumah di daerah ini pada Ahad lalu.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika mangsa berada seorang diri di rumahnya.

Mangsa dikatakan cuba melawan dan menjerit meminta tolong, namun semua ahli keluarganya
tiada di rumah ketika kejadian.

Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini
mendapati ada kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

Media pada 3 Jun lalu melaporkan, seorang pemain bola sepak di negeri ini yang ditahan selepas didakwa merogol gadis berusia 18 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.

Pemain itu dibebaskan pada pukul 2.30 petang selepas direman selama empat hari bermula Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN