Gol kedua Bali United ‘bunuh’ Sang Kenari

Gol kedua Bali United ‘bunuh’ Sang Kenari

PENYERANG Kedah, Ngah Wanja (tengah) dihadang dua pemain Bali United dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali kelmarin. - IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gol kedua Bali United nyata mematahkan semangat barisan pemain Kedah Darul Aman (KDA) untuk memburu gol penyamaan ketika tumpas 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan G kempen Piala AFC kelmarin.

Begitupun Ketua Jurulatih Sang Kenari, Aidil Shahrin Sahak menegaskan, kekalahan itu bukan penamat perjuangan mereka dalam Piala AFC kerana yakin akan bangkit dalam dua aksi berikutnya.

AIDIL Shahrin Sahak memberi arahan kepada pasukannya.

“Lawan mendominasi babak babak pertama dan apabila pemain cuba bangkit memburu gol di separuh masa kedua, jaringan kedua Bali United menyukarkan kami untuk kembali bersaing.

“Apabila kamu tewas aksi pertama kamu perlu bangkit pada aksi berikutnya dan kita perlu fokus kerana Kaya FC juga tewas pada aksi pertama mereka.

“Saya rasa peluang masih terbuka, kita juga perlu melihat saingan di kumpulan lain yang mana ada yang mendapat keputusan seri.

“Jadi peluang masih lagi terbuka dan pemain perlu percaya untuk bangkit pada aksi seterusnya,” katanya.

Sementara itu, pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon mengakui, permulaan perlahan Kedah membuka ruang buat Bali United mengawal keseluruhan rentak perlawanan.

“Rakan sepasukan telah memberi komitmen tinggi namun tempo lebih banyak bertahan memberikan peluang Bali United untuk melancarkan serangan.

“Pada hujung saingan, Bali dapat gol pertama dan kami cuba mendominasi permainan tapi jaringan kedua Bali yang hadir menyebabkan ia menjadi sukar,” ujarnya.

Kekalahan itu meletakkan Kedah di tangga tercorot kumpulan, sementara Bali United menghuni kedudukan teratas.

Kelab Kemboja, Visakha yang turut mengumpul tiga mata selepas menewaskan Kaya ­Iloilo dari Filipina 2-1 berada di kedudukan kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya