Gemuruh sorakan Harimau Malaya

Gemuruh sorakan Harimau Malaya

Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Gemuruh dengan sorakan penyokong Harimau Malaya, itulah yang dapat digambarkan suasana ketika ini menjelang aksi Malaysia menentang Bahrain, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hujan lebat seawal jam 7 petang nyata tidak melunturkan semangat penyokong Malaysia dan Ultras Malaya yang mula memasuki stadium mulai jam 6 petang tadi.

Ketika ini petugas stadium bertungkus lumus memastikan keadaan padang yang bertakung air dapat diatasi sebelum sepak mula kira-kira 30 minit sahaja lagi.

Walaupun perlawanan dijadualkan diadakan tepat jam 9 malam namun kemeriahan dan sokongan padu terus dipamerkan penyokong Malaysia.

Perlawanan Malaysia menentang Bahrian adalah aksi kedua Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 buat pasukan masing-masing selepas meraih kemenangan pada aksi pertama Rabu lalu.

Malaysia membenam cabaran Turkmenistan 3-1 manakala Bahrain hanya mampu menang 2-0 ke atas Bangladesh.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN