Gamel bakal senasib Dolly?

Gamel bakal senasib Dooley?

PEMAIN Sri Pahang kecewa selepas Negeri Sembilan memperoleh gol kedua menerusi jaringan Yaser Pinto dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Episod pertukaran jurulatih Sri Pahang sebelum Liga Malaysia (Liga M) tamat seperti yang berlaku musim lalu mungkin berulang lagi.

Tahun lalu, Thomas Dooley hanya sempat mengemudi Tok Gajah di awal musim selepas pasukannya tewas dua perlawanan dan diambil alih oleh Dollah Salleh.

Melihat prestasi Sri Pahang yang kalah enam daripada 10 perlawanan musim ini dan menghuni tangga kedua tercorot, tidak mustahil pengendalinya, Christophe Gamel akan menerima nasib serupa.

Bezanya Dooley meletak jawatan kerana desakan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tetapi bagi Gamel ia kerana letusan kemarahan penyokong Sri Pahang.

Tewas 0-3 kepada Negeri Sembilan kelmarin menjadi kemuncak kemarahan penyokong yang dilihat memarahi pemain di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sejurus tamat perlawanan.

PEMAIN Sri Pahang dimarahi penyokong sendiri sejurus selepas kekalahan kepada Negeri Sembilan.

Sumber rapat PBNP berkata, kemarahan penyokong berlaku kerana mereka tidak mahu melihat Tok Gajah terus tenggelam.

Difahamkan, perlawanan menentang Terengganu, Sabtu ini akan menentukan nasib Gamel.

“Pemain kali ini dipilih oleh jurulatih dan sepatutnya sebarang keputusan perlawanan menjadi tanggungjawab beliau,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Pahang membawa masuk tiga import baharu dan seorang pemain tempatan selepas tamat jendela pendaftaran kelmarin.

THOMAS Dooley (kanan) bersama Chistopher Gamel.

Sebelum ini, Pahang tidak menyambung kontrak semua pemain import musim lalu, namun mengikat semula Manuel Hidalgo dan mengambil empat import baharu.

Sementara itu Gamel berkata, beliau menyerahkan nasibnya kepada pihak pe­ngurusan.

“Apa yang terbaik untuk pasukan, saya hormati.

“Soal masa depan, saya serah kepada pengurusan untuk menentukan,” katanya selepas perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.