Cools ke JDT musim depan?

Cools ke JDT musim depan?

DION COOLS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan, pampasan tinggi yang perlu dibayar kepada kelab Denmark, FC Midtjylland antara sebab mereka tidak mendapatkan bek tengah Harimau Malaya, Dions Cools musim ini.

Menurut Pemangku Raja Johor itu, skuad Harimau Selatan akan menunggu sehingga kontrak Cools tamat sebelum membawanya ke Johor musim depan.

“Jika kami mahu mendapatkan Dion menyertai JDT, kami perlu membayar pampasan dengan jumlah tinggi.

“Jadi biar dia terus bermain bersama kelabnya dan kita tunggu sehingga tamat kontrak.

“Kita tunggu musim depan dia akan bersama JDT,” kata­nya dalam perjumpaan bersama penyokong JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar ­Pu­teri kelmarin.

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (dua, kiri) dalam pertemuan bersama penyokong JDT semalam.

Spekulasi Cools, 26, bakal menyertai Harimau Selatan mulai timbul apabila dia dilihat bertemu Tunku Ismail ­baru-baru ini.

Nilai pemain berdarah kacukan Belgium-Malaysia itu di pasaran antarabangsa dianggarkan mencecah mence­cah 850,000 pound (RM4.5 juta).

Sementara itu, Tunku Ismail turut mengesahkan pemain pertahanan yang pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga, Jordi Amat sebagai ‘senjata’ baharu JDT musim ini.

Jordi, 30, yang pernah ber­aksi bersama kelab EPL, Swansea, selain Espanyol, Rayo Vallecano serta Real Betis di Sepanyol akan mengisi kuota ASEAN kerana mempunyai pertalian darah Indonesia.

JORDI AMAT

“Jordi akan jadi sebahagian keluarga JDT dan jika semua proses mengenai pasportnya selesai, insya-Allah dia akan menyertai JDT dalam masa terdekat. Apa yang saya tahu ibunya berasal dari Makasar, Indonesia.

“Adalah satu kerugian jika Indonesia tidak mengambilnya beraksi bersama pasukan kebangsaan kerana dia pemain yang berpengalaman dengan beraksi lebih 100 perlawanan kompetitif di Eropah terutama di Sepanyol dan di England.

“Apapun kita tunggu sahaja proses berkenaan dan berharap dia akan menyertai JDT secepat mungkin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN