Cools bakal beraksi dalam Liga Perdana Inggeris?

Cools bakal beraksi dalam Liga Perdana Inggeris?

DION COOLS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mungkinkah impian rakyat Malaysia untuk melihat pemain Harimau Malaya bakal bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) akhirnya akan menjadi kenyataan?

Khidmat bek tengah, Dion Cools dikatakan ditagih skuad bimbingan Tho­mas Frank, Brentford.

Perpindahan pemain berdarah kacukan Belgium-Malaysia itu yang dilahirkan di Kuching, Sarawak dianggap tidak mustahil kerana majikannya ketika ini iaitu pemilik FC Midtjylland, Matthew Benham juga pemilik Brentford.

Cools, 26, juga tidak menghadapi masalah untuk melepasi peraturan ketat EPL yang hanya membenarkan pemain dalam 50 negara terbaik ranking dunia, FIFA beraksi dalam liga paling popular itu.

Ini kerana dia dianggap sebagai pemain ‘Europe Grown’ yang sudah beraksi di Eropah sejak peringkat pembangunan, sekali gus syarat 50 ranking terbaik ­dunia tidak terpakai.

Sebelum ini beberapa pemain tempatan pernah mencuba nasib beraksi dalam EPL, namun gagal kerana peraturan ranking.

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali pernah menjalani ujian percubaan selama dua minggu bersama Cardiff City pada 2011, namun tidak ditawarkan kontrak ekoran syarat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.