ARAS SMK Jalan Tiga dapat suntikan semangat ke Paris World Games

ARAS SMK Jalan Tiga dapat suntikan semangat ke Paris World Games

ARAS SMK Jalan Tiga akan sertai Paris World Games pada 25 hingga 26 Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Skuad Akademi Ragbi Selangor (ARAS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga berharap pasukannya mampu mencipta kejutan di Paris World Games di Paris, Perancis pada 25 hingga 26 Jun ini.

Penaung ARAS SMK Jalan Tiga, Datuk Rosli Atan berkata, pasukan ragbi bawah 16 tahun ARAS SMK Jalan Tiga akan menyertai acara ragbi tujuh sebelah di kejohanan bertaraf antarabangsa itu bagi memberi pendedahan terbaik kepada para pemain.

Beliau berkata, platform sedemikian perlu digunakan sebaik mungkin oleh pemain bagi meningkatkan mutu permainan sekali gus dapat menaikkan nama ARAS SMK Jalan Tiga pada masa akan datang dan seterusnya nama negara.

“Kita harap mereka mampu ciptakan kejutan walaupun secara realistiknya penyertaan ini adalah medan pendedahan kepada mereka. Kita harap mereka boleh menang dalam satu atau dua perlawanan kerana bukan senang untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

“Jadi, mereka perlu guna peluang ini sebaik mungkin. Harumkan nama ARAS SMK Jalan Tiga dan juga negara di sana. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan penaja dan ibu bapa yang banyak membantu impian ke Paris World Games ini ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan penajaan bernilai RM25,000 daripada Ian Scott International (M) Sdn. Bhd. kepada Pengetua SMK Jalan Tiga, Massita Mohamed Sin.

Sehingga kini, RM80,000 berjaya dikumpul hasil sumbangan ibu bapa dan juga syarikat-syarikat korporat untuk merealisasikan impian ARAS SMK Jalan Tiga beraksi di Paris World Games.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya