MUKADIMAH PELUMBA berbasikal trek negara, Anis Amira Rosidi mempunyai misi besar pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan bermula pada hujung bulan depan. Bergelar pelumba wanita paling senior dalam skuad kebangsaan selepas Fatehah Mustapa mengumumkan persaraan pada Januari 2020, pastinya Anis Amir mahu membuktikan sesuatu. Bagaimanapun, dia mengakui aksi sulungnya di pentas Komanwel adalah medan pendedahan kerana bakal bersaing dengan pelumba handalan dunia yang lain. Anis Amira yang berasal dari…