Ammar Aiman juara Jelajah Golf Kebangsaan Sportexcel-UUMISM

Ammar Aiman juara Jelajah Golf Kebangsaan Sportexcel-UUMISM

Jelajah Golf Kebangsaan Sportexcel-UUMISM berlangsung di Kelab Golf & Country Tasik Puteri, Rawang pada Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pusingan ketiga Jelajah Golf Kebangsaan Sportexcel-University Utara Malaysia International Secondary School Melaka (UUMISM) yang berlangsung pada Ahad lalu mendapat sambutan luar biasa.

Jelajah Golf Kebangsaan Sportexcel-UUMISM yang berlangsung di Kelab Golf & Country Tasik Puteri, Rawang itu disertai oleh 169 peserta sekali gus menjadi rekod baharu kejohanan yang dianjurkan untuk pemain golf junior.

Kejohanan tahunan yang melibatkan 12 pusingan itu menawarkan peluang kepada pemain junior mempamerkan bakat masing-masing dalam memburu biasiswa golf di UUMISM di Ayer Keroh, Melaka.

Dalam kategori utama 15 hingga 18 tahun, pemain golf remaja, Ammar Aiman Mohd Fauzi memperagakan aksi terbaiknya untuk muncul juara pusingan ketiga Jelajah Golf Kebangsaan Sportexcel-UUMISM dengan 83 pukulan.

Tempat kedua pula dimenangi oleh R. Dhesigean dengan 83 pukulan manakala Muhammad Nastha Ilyashah Roslee berada di tempat ketiga dengan 85 pukulan.

Objektif utama penganjuran kejohanan berkenaan ialah untuk meningkatkan mutu permainan pemain junior dan pemain terbaik akan dipilih untuk menyertai pertandingan di luar negara di bawah The Hills Golf Academy.

UUMISM juga memainkan peranan besar untuk program pembangunan pemain golf muda di negara ini dan diharap lebih banyak syarikat korporat tampil menyokong pembangunan sukan di peringkat akar umbi di Malaysia.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya