Zakaria tabur bakti 42 tahun dalam sukan taekwando

Zakaria tabur bakti 42 tahun dalam sukan taekwondo

Zakaria Ismail (duduk enam dari kiri) pernah dinobatkan jurulatih terbaik Kelantan untuk dua tahun berturut-turut pada 2018 dan 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bukan setahun dua, tetapi Zakaria Ismail telah menabur bakti lebih 42 tahun menjadi jurulatih sukan taekwondo di negeri Kelantan khususnya dalam mencungkil bakat-bakat baharu sukan berkenaan.

Zakaria yang kini merupakan Ketua Jurulatih Persatuan Taekwondo Negeri (MTA) Kelantan berkata, dia mula menjadi jurulatih sukan taekwondo ketika berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1980.

Beliau berkata, selepas menamatkan perkhidmatan sebagai anggota ATM, beliau beralih untuk melatih dan mencungkil bakat murid dan pelajar-pelajar sekolah negeri Kelantan dalam sukan mempertahankan diri itu.

“Seni mempertahankan diri taekwondo ini pada mulanya tidak mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu kerana ada yang beranggapan tidak sesuai dengan adat namun, hari ini ia sudah jauh berbeza.

“Jika sebelum ini sukan ini dipelopori oleh golongan tertentu khsusnya di kawasan bandar namun, sekarang tidak lagi kerana boleh dilihat di sekolah luar bandar sukan ini sudah popular dan mendapat tempat.

“Sambutan golongan belia di Kelantan juga semakin baik dan pihaknya juga selalu menyertai kejohanan-kejohanan besar,” katanya yang merupakan jurulatih terbaik taekwondo Kelantan bagi dua tahun berturut pada 2018 dan 2019.

Menurut Zakaria, beliau percaya bakat-bakat baharu yang dicungkil di peringkat sekolah bakal menjadi perintis terbaik, bukan sahaja untuk peringkat negeri malah, dilihat mampu menyumbang kepada negara di pentas antarabangsa.

Mengulas mengenai persediaan atlet taekwando Kelantan ketika ini, Zakaria berkata, atlet akan kembali menjalani latihan dalam masa terdekat selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19.

“Kita akan fokus pada tahun ini untuk menyertai kejohanan-kejohanan dalam negara selain memberi tumpuan untuk mencari bakat-bakat baharu untuk mewakili negeri Kelantan,” katanya yang berasal dari Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.