XOX mampu keluarkan Perak FC daripada kemelut

XOX mampu keluarkan Perak FC daripada kemelut

perak fc
KHAIRUL Shahril Mohamed (empat dari kanan) beramah mesra bersama Pegawai-Pegawai Penerangan Daerah Negeri Perak di Seri Iskandar dekat Parit semalam. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Kerajaan negeri lega dan gembira apabila Perak FC kini diambil alih oleh anak syarikat milik penuh XOX Bhd., XOX Pro Sport Sdn. Bhd.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, pihaknya yakin XOX mampu membantu skuad Bos Gaurus untuk kembali ke Liga Super.

Menurut Khairul Shahril, syarikat telekomunikasi terkenal itu juga dilihat mampu membawa impak besar dalam membantu perjalanan Perak FC selepas bergelut dengan pelbagai masalah.

“Sudah tentu ini satu perkara yang cukup melegakan dan mengembirakan kerajaan negeri khususnya dalam konteks Liga Super dan Perdana,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Persatuan Pegawai-Pegawai Penerangan Daerah Negeri Perak di Pejabat Penerangan Daerah Perak Tengah, di Seri Iskandar di sini, semalam.

Rabu lalu, XOX Pro Sport Sdn. Bhd. memeterai perjanjian penjualan saham dengan Impact Media & Communication Sdn. Bhd. (IMC) untuk mengambil alih Perak FC, yang kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana.

Pemilik baharu Perak FC, XOX Berhad juga akan menyelesaikan segala hutang kelab itu sebaik urusan jual-beli kelab itu dimuktamadkan hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, melunaskan segala hutang piutang khususnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan badan bola sepak dunia, FIFA menjadi agenda utama mereka.

“Kami mahu bebaskan Perak FC daripada hukuman yang dikenakan oleh badan induk bola sepak negara dan antarabangsa agar Perak dapat bersaing menggunakan pemain terbaik.

“Kami mahu menggunakan khidmat Indra Putra (Mahayuddin), Wan Zack Haikal (Wan Noor), Ahmad Syamim Yahya dan Zamer Selamat secepat mungkin.

“Mereka akan menyertai kami tidak lama lagi, ” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN