Tuchel dapat dana RM1.10 bilion bina pasukan

Tuchel dapat dana RM1.10 bilion bina pasukan

BEK kanan Sevilla, Jules Kounde menjadi sasaran utama Chelsea dalam pasaran perpindahan musim panas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Thomas Tuchel akan diberikan 200 juta pound (RM1.10 bilion) oleh pemilik baharu Chelsea untuk berbelanja membeli pemain pada musim panas ini

Semalam Liga Perdana Ing­geris meluluskan pengambil­alihan Chelsea bernilai 4.25 bilion pound (RM23.37 billion) oleh konsortium pimpinan Todd ­Boehly.

Chelsea dikatakan menyasarkan bek tengah Jules Kounde (Sevilla) dan Josko Gvardiol (RB Leipzig) selepas Antonio Rudiger serta Andreas Christensen meninggalkan pasukan.

Mereka turut mengintai peluang untuk mendapatkan pemain sayap, Raheem Sterling.

BINTANG Manchester City, Raheem Sterling turut berada dalam radar Blues.

Todd Boehly yang menge­tuai konsortium mahu memberi isyarat jelas kepada Tuchel bahawa mereka serius untuk merebut peluang dan mengejar Manchester City serta Liverpool dalam Liga Perdana.

Tuchel telah menjelaskan bahawa Chelsea perlu bertindak cepat bagi membolehkan kelab melakukan transaksi di bawah pemilikan baharu.

Boehly, yang bercakap dengan jurulatih dari Jerman itu dalam aksi terakhir liga, Ahad lalu memberi jaminan ia akan dilakukan secepat mungkin.

Chelsea menamatkan musim ini dengan 19 mata di belakang City yang sudah menandata­ngani penyerang sensasi Norway, Erling Haaland, sekali gus memerlukan Boehly berbelanja besar dalam pasaran perpindahan pertama sebagai pemilik baharu kelab.

Keutamaan Tuchel ketika ini adalah untuk menyelesaikan krisis pertahanan Blues selepas Rudiger dan Christensen mening­galkan kelab itu secara percuma selain keraguan tentang masa depan kapten, Cesar Azpilicueta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN