Terengganu FC II kejutkan pendahulu liga, JDT II

Terengganu FC II kejutkan pendahulu liga, JDT II

PERTAHANAN JDT II, Feroz Baharuddin (kiri) mengawal bola daripada dirampas pemain Terengganu FC II, Hakimi Abdullah dalam aksi Liga Perdana di Kuala Terengganu di sini sebentar tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) II bangkit daripada ketinggalan untuk mengejutkan pendahulu Liga Perdana, Johor Darul Ta’zim (JDT) II 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Tuan rumah terlebih dahulu menguji lawan menerusi percubaan lencong Jordan Mintah dari dalam kotak penalti pada minit ke-15 yang ditepis Izham Tarmizi Roslan.

Kem Terengganu FC II bagaimanapun dikejutkan pelawat selepas hantaran Ahmad Hazwan Bakri dari sebelah kiri disempurnakan oleh Bienvenido Maranon untuk melakukan voli dan mendahului pada minit ke-43.

Anak-anak buah Badrul Afzan Razali mempamer kebangkitan dan mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-62 hasil penyudah kemas Zuasyraf Zulkiefle berpunca hantaran leret Hakimi Abdullah.

Penyerang gantian, Wan Mohd. Fazli Wan Ghazali akhirnya menceriakan kem tuan rumah apabila menyambung percubaan Muslihuddin ‘Atiq Mat Zaid untuk gol kemenangan Terengganu FC II pada minit ke-84. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.