Spurs kena berani melawan Reds

Spurs kena berani melawan Reds

PEMAIN Tottenham melakukan persiapan akhir di London semalam sebelum menghadapi Liverpool hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Tottenham, Antonio Conte menggesa pemainnya agar lebih ‘berani’ apabila menentang Liverpool yang dijangka turun dengan permainan me­nyerang habis-habisan dalam aksi Liga Perdana Inggeris di ­Anfield esok.

Ketika Spurs memerlukan kemenangan untuk mencabar kelompok empat terbaik, Reds pula tidak boleh keciciran mata bagi meneruskan tekanan kepada Manchester City dalam pemburuan kejuaraan liga.

 

Tottenham menduduki tangga kelima liga dengan dua mata di belakang pencabar dari London utara, Arsenal ketika saingan berbaki empat perlawanan.

Liverpool pula hanya dipisahkan satu mata di belakang City, dan berada pada mood terbaik selepas mengesahkan tiket final Liga Juara-Juara, selain akan berentap dengan Chelsea untuk perebutan gelaran Piala FA, 14 Mei ini.

Anak-anak buah Jurgen Klopp belum tewas sebarang aksi liga pada 2022, malah memenangi 13 daripada 14 perlawanan terakhir, rekod yang menggerunkan Spurs, namun dalam masa sama mengujakan Conte.

“Kami sedar ketika ini amat sukar untuk menentang Liverpool kerana mereka berada dalam prestasi sangat baik.

“Saya menonton aksi mereka ketika menewaskan Villarreal (Liga Juara-Juara). Ketenangan pasukan itu amat luar biasa kerana selepas separuh masa pertama mereka ketinggalan 0-2.

“Saya beritahu pemain, kami perlu beraksi dengan baik dan berani menguasai bola. Kami boleh pergi ke sana (Anfield) untuk mendapatkan tiga mata,” kata Conte.

PEMAIN Liverpool berada pada ‘mood’ terbaik selepas menumpaskan Villarreal pada separuh akhir Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Sementara itu, Reds yang masih di landasan memburu empat trofi dijangka mengekalkan Luis Diaz bagi membentuk trio serangan bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane, manakala Harry Kane serta Son Heung-min menjadi sandaran Spurs.

“Main bola gaya Liverpool, cara sama yang kami tunjukkan sepanjang musim. Kawal bola sebanyak mungkin, bergerak dengan kemas dan bersama bertahan.

“Kami ada kelajuan, jadi kami harus pandai mengimbangi situasi,” kata pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN