fbpx

17 Mei 2022, 10:51 pm

  TERKINI

Singapura tangguh hajat Malaysia ke separuh akhir

PEMAIN negara meraikan jaringan Luqman Hakim Shamsudin ketika menentang Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Keputusan seri 2-2 ketika bangkit mengikat Singapura dalam aksi ketiga Kumpulan B di temasya Sukan SEA Hanoi sebenar tadi, menyaksikan skuad Bawah 23 (B-23) negara melepas peluang untuk menempah slot ke separuh akhir lebih awal.

Meskipun dilihat anak buah Brad Maloney lebih banyak mengusai bola namun kegagalan menterjemahkan sekurang-kurangnya lima peluang untuk menjaringkan gol menyaksikan skuad negara terpaksa berpuas hati meraih satu mata.

Babak pertama menyaksikan skuad Harimau Muda tidak perlu menunggu lama untuk memecah kebuntuan gol apabila penyerang sensasi negara Luqman Hakim Shamsuddin berjaya merembat masuk gol pertama seawal minit keempat perlawanan.

Kegembiraan skuad muda negara tidak berpanjangan apabila Singapura hanya memerlukan tiga minit saja untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan Nur Muhammad Shah Shahiran dari luar kotak penalti sekali gus menewaskan Azri Ghani.

Pasukan negara terus dahagakan jaringan apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan dengan peluang keemasan terhidang pada minit 25 menerusi Mukhairi Ajmal Mahadi namun rembatannya berjaya ditepis penjaga gol lawan sekali gus memberikan kelegaan kepada pasukan Singapura.

Barisan serangan negara terus gagal kempunan menambah gol apabila Luqman yang berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gawang lawan gagal manfaat peluang terhidang apabila sepakannya sedikit tersasar.

Memasuki babak kedua pula menyaksikan Maloney memperkukuhkan jentera serangan dengan membawa masuk Hadi Fayyadh Abdul Razak bagi mencari gol kemenangan.

Begitupun, lain pula yang terjadi apabila tonggak Singapura Harhys Stewart meletakkan pasukannya didepan pada minit 78 selepas menolak masuk gol kedua berpunca keadaan kucar kacir di hadapan kubu Malaysia untuk kedudukan 1-2.

Faiz Amer muncul wira pasukan negara apabila menyumbat gol penyamaan ketika perlawanan berbaki lapan minit sekali gus memberi kelegaan untuk Malaysia membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Keputusan itu, menyaksikan peluang untuk pasukan seperti Thailand dan Kemboja untuk melangkah ke pusingan suku akhir masih terbuka.

Malaysia pula memerlukan kemenangan bertemu Kemboja pada perlawanan terakhir kumpulan B Isnin ini.

POPULAR

KOSMO! TERKINI