Silat hadiah emas ketujuh Malaysia di Vietnam

Silat hadiahkan emas ketujuh Malaysia di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Kontinjen negara berjaya menuai emas ketujuh dalam Sukan SEA Vietnam hari ini menerusi gandingan pesilat lelaki negara, Mohd. Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga berjaya muncul juara dalam acara akhir ganda lelaki pencak silat sebentar tadi.

Taqiyuddin dan Sazzlan tidak berdepan masalah untuk mengetepikan pesilat Singapura, Muhammad Hazim Mohammad Zaque dan Muhammad Haziq Mohammad Zaque dari Singapura.

Taqiyuddin dan Sazzlan berjaya memberi persembahan mantap untuk menarik perhatian juri di Pusat Sukan Bac Tu Liem selepas berjaya mengumpul mata kemenangan 9.950 mata.

Lawan mereka yang juga pasangan adik-beradik Hazim dan Haziq pula hanya mengumpul 9.905 mata, manakala gangsa pula diraih wakil Thailand dan Vietnam yang tumpas di separuh akhir semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya