LEEDS: Pep Guardiola mengakui, dia suka berada di bawah tertekan selepas Manchester City kembali merampas takhta Liga Perdana Inggeris dengan membelasah Leeds United 4-0 di Elland Road semalam.
Liverpool melonjak ke tangga teratas liga buat seketika selepas menumpaskan Newcastle United 1-0 di St. James’ Park dalam perlawanan terdahulu.
Bagaimanapun jaringan Rodri, Nathan Ake, Gabriel Jesus dan Fernandinho memastikan skuad The Citizens kembali memimpin liga dengan kelebihan satu mata ketika saingan berbaki empat perlawanan.
Selain bersaing sengit dalam liga domestik, City dan Liverpool juga memenangi aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara masing-masing.
City yang mengalahkan juara 13 kali, Real Madrid 4-3 pada perlawanan pertama akan bertandang ke Santiago Bernabeu minggu depan.
Reds yang menewaskan Villarreal 2-0 di Anfield akan terbang ke Sepanyol dalam aksi timba bal Rabu ini.
“Saya lebih suka merasai tekanan daripada langsung tidak dicabar.
“Musim yang panjang kini menjadi satu perjuangan yang sangat hebat,” kata pengendali City, Guardiola. – AGENSI