Perak kalah dengan 'budak universiti'

Perak kalah dengan ‘budak universiti’

PEMAIN Perak FC Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan (kiri) diasak pemain UiTM FC, Muhammad Nashran Elias dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hajat Perak FC untuk menghadiahkan kemenangan buat pemilik baharu, XOX Berhad tidak kesampaian apabila tumpas 0-2 kepada UiTM FC dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, sebentar tadi.

Dua jaringan babak kedua oleh pelawat  merosakkan suasana ceria kem Bos Gaurus yang baru menikmati gaji mereka selepas XOX mengambil alih kelab itu, Selasa lalu.

Perlawanan antara dua pasukan yang beraksi tanpa pemain import berlangsung seimbang.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan menyaksikan bola turun naik tetapi tiada peluang terbuka dicipta.

Perak turun tanpa kapten, Firdaus Saiyadi dan Nazmi Ahmad kerana penggantungan tampak goyah.

Skrip babak kedua berubah tempo dengan Perak menunjukkan kesungguhan untuk mengenakan tekanan ke kubu lawan.

Bagaimanapun, pelawat yang berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-64 apabila Muhammad Izham Solehin Rohadi menanduk masuk hantaran rakan sepasukan.

Perak bangkit dalam usaha mencari gol penyamaan tetapi tidak berjaya merobek gawang dikawal oleh Mohd. Ramdan Abd. Hamid.

Sebaliknya pelawat menambah derita anak-anak buah Yusri Che Lah apabila Faris Aiman menyumbat gol kedua untuk mengukuhkan kedudukan UiTM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya