Pemain dapat RM10,000 setiap seorang, raih gangsa Sukan SEA

Pemain dapat RM10,000 setiap seorang, raih gangsa Sukan SEA

LEE Tian Hock (berdiri, tengah) bersama skuad bola keranjang wanita pada majlis penyerahan insentif di Kuala Lumpur hari ini. - IHSAN MABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain bola keranjang wanita Malaysia mungkin atlet paling bertuah apabila menikmati ganjaran RM10,000 setiap seorang hasil kejayaan membawa pulang pingat gangsa pada Sukan SEA di Hanoi minggu lalu.

Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock mengotakan janjinya dengan menyampaikan insentif tersebut hari ini.

Tidak hanya meraikan atlet, MABA turut memberi ganjaran RM15,000 setiap seorang kepada dua jurulatih skuad 5×5 wanita kebangsaan.

“Pada 1 Mei lalu, saya sudah berjanji akan memberi insentif kepada pemain. Jika berjaya memenangi pingat emas mereka akan dapat RM50,000, perak RM20,000 dan gangsa RM10,000.

“Ketika itu sasaran kita adalah satu perak dan dua gangsa tetapi kita hanya dapat bawa pulang satu gangsa. Saya tidak menganggap ini sebagai kegagalan kerana semangat juang tinggi yang ditunjukkan pemain sangat memuaskan.

“Kita kalah bukan disebabkan tidak melawan tetapi seperti semua tahu faktor fizikal sangat mustahak. Beberapa negara seperti Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia semuanya memiliki pemain naturalisasi yang saiznya amat besar, jadi ini sesuatu yang kita sedang usahakan untuk pasukan negara,” katanya.

Menurut Tian Hock, beliau berharap insentif tersebut dapat menyuntik semangat pemain negara untuk terus bekerja keras memburu pencapaian lebih baik pada Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Di Hanoi, Filipina membawa pulang pingat emas, manakala Indonesia meraih perak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.