Malaysia kekalkan pingat perak sepak takraw berpasukan lelaki

Malaysia kekalkan pingat perak sepak takraw berpasukan lelaki

Walaupun membawa pasukan Malaysia meraih 3 pingat perak dan 2 gangsa ketika Sukan SEA Hanoi namun Abdul Talib tetap dikritik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Malaysia mengekalkan pingat perak sepak takraw berpasukan lelaki yang dimenangi tiga tahun lalu selepas menumpaskan Vietnam 2-1 hari ini, untuk muncul naib juara di belakang Thailand pada Sukan SEA 2021.

Selepas tumpas 0-3 kepada Thailand dalam aksi pembukaan, Jumaat lalu kejayaan menumbangkan tuan rumah setidak-tidaknya mengubati kekecewaan Malaysia untuk menjadi pasukan kedua terbaik.

Regu pertama yang dibarisi Faisal Fuad, Noraizat Nordin dan Norfaizzul Razak meraih kemenangan mudah ke atas trio Dau Van Hoang, Ngo Huy Long dan Do Manh Tuan 21-15, 21-6.

Pingat perak negara disahkan melalui kemenangan regu kedua Zarif Marican Ibrahim Marican, Afifuddin Razali dan Aidil Aiman Azwawi yang tidak berdepan masalah menumbangkan Huynh Ngoc Sang, Nguyen Huy Quyen dan Tang Minh Khoa 21-17, 21-9.

Bagaimanapun, beregu ketiga tuan rumah, Le Ang Tuan, Vuong Minh Chau dan Nguyen Tien Dat menghalang skuad negara untuk mencatat kemenangan bergaya selepas menumbangkan Haziq Hairul Nizam, Zulhusni Basri dan Redwan Hakim Muhammad 24-25, 21-23.

“Alhamdulillah kerana dapat membawa perak buat negara. Saya pun hendak minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan keluarga (kerana ini saja dapat disumbangkan).

“Hari ini saya sudah mengingatkan rakan agar memberikan aksi terbaik dan esok juga (antara regu) harus bermain lebih baik dari hari ini,” kata Noraizat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya