Liverpool sekarang bukan Liverpool 2018

Liverpool sekarang bukan Liverpool 2018

PEMAIN Liverpool menjalani latihan di Padang Latihan AXA, Liverpool semalam dalam persiapan menghadapi Real Madrid pada final Liga Juara-Juara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Sadio Mane me­nyangkal kenyataan Karim Ben­zema bahawa Liverpool ti­dak banyak berubah sejak beberapa tahun lalu, menjelang final Liga Juara-Juara di Paris, pagi Ahad ini.

Benzema mendakwa, Reds yang bakal ditentang tidak banyak berbeza dengan pasukan yang dikalahkan pada final 2018, biarpun kekalahan Liverpool ketika itu berpunca daripada dua kesilapan penjaga gol, Loris Karius.

Sejak kekalahan di Kiev, banyak perubahan dilakukan oleh pengendali Reds,  Jurgen Klopp.

Kesebelasan utama Liverpool ketika itu seperti Ozan Kabak dan Nat Phillips tidak lagi berada di Anfield, sebaliknya Virgil van Dijk dan Joel Matip akan mengetuai pertahanan tengah.

SADIO Mane (kanan) melakukan persiapan bersama pasukan Liverpool di Padang Latihan AXA, Liverpool semalam menjelang final Liga Juara-Juara, Ahad ini. – AFP

“Saya rasa dalam tempoh empat tahun banyak perkara telah berubah, kami mempunyai lebih banyak pengalaman dan kualiti.

“Semua sudah lupa dengan apa yang berlaku pada 2018. Real Madrid pasukan yang le­bih baik dan berhak menang ketika itu, namun pertembu­ngan kali ini sama sekali berbeza,” kata Mane.

Reds sudah membawa ma­suk penjaga gol utama Brazil, Alisson, selain tambahan ‘senjata’ di jentera serangan seperti Luis Diaz dan Diogo Jota.

Dalam perlawanan akhir 2018, penjaring terbanyak Li­verpool, Mohamed Salah juga dikeluarkan awal kerana dice­derakan oleh Sergio Ramos.

Membawa masuk Thiago Alcantara juga antara perubahan yang dilakukan Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN