KL City raih kemenangan sulung di tempat lawan

KL City raih kemenangan sulung di tempat lawan

AKSI pemain KL City (jersi merah) ketika menentang Sarawak United malam ini. - IHSAN KL CITY FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur City (KL City) meraih kemenangan sulung di tempat lawan selepas sembilan perlawanan apabila menewaskan Sarawak United  2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Jaringan di penghujung aksi babak kedua menerusi pemain gantian, J. Partiban memastikan kemenangan mutlak buat skuad bimbingan Bojan Hodak yang bangkit daripada ketinggalan.

Skuad The City Boys yang menewaskan Penang FC 3- 2 di laman sendiri minggu lalu, bermula garang menerusi percubaan Zhafri Yahya pada minit ke-14, namun percubaannya tersasar dari gawang gol.

Sarawak yang dilihat lebih banyak bertahan sepanjang 14 minit babak pertama mengejutkan juara Piala Malaysia 2021 selepas berjaya mendahului lawan menerusi bekas pemain Kuala Lumpur 2008, S Chanturu.

Gol terhasil menerusi rembatan menarik S. Chanturu dari luar kotak penalti yang terus menerjah ke penjuru gawang KL City untuk menewaskan Kevin Mendoza.

Nur Shamie Iszuan Amin seharusnya mampu menggandakan kelebihan gol buat tuan rumah pada minit ke-29, namun penyerang berkenaan gagal memanfaatkan peluang terhidang ketika hanya berdepan penjaga gawang skuad kebangsaan Filipina itu.

Begitu juga tindakan susulan dari S Chanturu yang gagal menepati sasaran ketika pintu gawang sudah pun terbuka luas.

Ketangkasan penjaga gawang Sarawak United, Mohd Sharbinee Allawee Ramli berjaya menyelamatkan tandukan Romel Morales pada minit ke-31 untuk memastikan gawang gol tidak dibocori.

Ketua pasukan pelawat, Paulo Josue akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas memperdayakan pertahanan lawan sebelum menolak masuk bola untuk menewaskan Sharbinee Alawee pada minit ke-36.

Memasuki babak kedua, selang sembilan minit kemudian, Nur Shamie sekali lagi menghampakan penyokong tuan rumah apabila dia gagal menyudahkan peluang terhidang apabila percubaannya gagal menepati sasaran.

Serangan silih berganti yang disajikan kedua-dua pasukan masih belum berjaya menghasilkan gol kedua buat pasukan dengan pergerakan banyak tersekat dibahagian benteng.

KL City turut memiliki peluang untuk menjaringkan gol kedua namun sepakan percuma dari luar kotak penalti yang diambil Paulo Josue minit ke-84 sedikit tersasar dari tiang gol sebelah kanan.

Ketika perlawanan bakal ditamatkan dengan keputusan seri 1-1, pemain gantian KL City, Partiban memastikan mereka pulang dengan tiga mata penuh apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke 89 untuk kemenangan 2-1. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.