Kecederaan pemain rencat persiapan Sri Pahang bertemu KL City

Kecederaan pemain rencat persiapan Sri Pahang bertemu KL City

PEMAIN Pahang menjalani latihan akhir di Kuantan kelmarin menjelang pertemuan menentang KL City. - IHSAN SRI PAHANG FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tiga pemain Sri Pahang masih dibelenggu kecederaan, sekali gus sedikit merencatkan persiapan untuk bertemu Kuala Lumpur (KL) City di Cheras malam ini.

Pengendali Tok Gajah, Christophe Gamel masih mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membentuk pasukan yang mampu memberikan cabaran kepada juara Piala Malaysia itu.

Jurulatih dari Perancis itu berharap komitmen dan semangat juang pemain yang akan diturunkan nanti tidak luntur walaupun masalah kecederaan menganggu perancangan yang sudah dilakukan semasa sesi latihan.

“Ada tiga pemain yang masih dibelenggu kecederaan untuk bertemu KL City tetapi saya minta maaf tidak dapat beritahu tahap kecederaan dan siapa mereka,” katanya semalam.

PEMAIN Pahang menjalani latihan akhir kelmarin.

Sri Pahang perlu memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super selepas mengharungi lima perlawanan dan kedudukan terkini ditangga ke sembilan berbanding tuan runah di kedudukan enam carta Liga Malaysia (Liga M) malah yang terbaharu tewas 1-3 kepada Selangor.

“Segalanya perlu dilakukan dengan lebih baik biarpun ia dilihat sukar ketika KL City dilihat mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri,” katanya.

Gamel mahu siapa pun yang akan diturunkan kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan dan pada masa sama, pemain dapat mempamerkan persembahan yang terbaik mereka jika mahu membawa pulang tiga mata.

PEMAIN import Sri Pahang dari Jordan, Mahmoud Za’tara

Penyerang import, Mahmoud Za’tara sekali lagi sudah pasti akan diturunkan walaupun prestasi pemain dari Jordan itu masih kurang menonjol dan dilihat hambar.

Pemain import itu seharusnya membuktikan kehadiran bersama Tok Gajah tidak hanya dengan satu gol yang dijaringkan melalui sepakan penalti sahaja tetapi mampu membuat sesuatu untuk mencetak lebih banyak gol.

Sebaliknya pemain tempatan, Azam Azih sekali lagi menjadi harapan untuk skuad Sri Pahang untuk menambah koleksi gol musim ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN