Kebangkitan hebat bawa City pertahankan trofi EPL

Kebangkitan hebat bawa City pertahankan trofi EPL

PEMAIN Manchester City meraikan gol kemenangan Ilkay Gundogan ketika menewaskan Aston Villa 3-2 di Etihad, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan cara paling dramatik apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Aston Villa 3-2 menerusi tiga gol dalam tempoh 14 minit terakhir, sebentar tadi.

Ilkay Gundogan masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan dua gol dan Rodri turut meledak gol ketika anak-anak buah Pep Guardiola mengetepikan pencabar terdekat, Liverpool dengan kelebihan satu mata.

RIBUAN penyokong menceroboh ke padang untuk meraikan kemenangan Manchester City.

Jaringan Matty Cash dan bekas pemain kesayangan Liverpool, Philippe Coutinho tampak seperti bakal menghadiahkan gelaran kepada Reds.

Liverpool melaksanakan tugas mereka dengan turut bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menewaskan Wolverhampton 3-1 di Anfield tetapi tindakan menyelamat City memastikan impian anak-anak buah Jurgen Klopp untuk menjulang empat trofi musim ini tidak kesampaian.

KEMENANGAN Liverpool ke atas Wolverhampton di Anfield gagal memberikan kejuaraan buat mereka.

Gundogan memulakan kebangkitan City apabila menanduk hantaran lintang Raheem Sterling pada minit ke-76 untuk merapatkan jurang 1-2.

Rodri kemudian merobek gawang dari luar kotak penalti, dua minit berselang sebelum Gundogan melengkapkan kemenangan di minit ke-81 dengan menanduk hantaran lintang Kevin De Bruyne. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya