Kalah di padang, menang di hati - Hamidin

Kalah di padang, menang di hati – Hamidin

Datuk Hamidin Mohd. Amin bersama skuad Bawah 23 tahun negara (B-23).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin percaya masa depan skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) cukup cerah.

Hamidin berkata, walaupun tewas kepada tuan rumah Vietnam 0-1 dalam aksi separuh akhir Sukan SEA, para pemain telah membuktikan kewibawaan mereka.

Hamidin juga menganggap, persembahan skuad negara yang tidak dibarisi tiga pemain lebih umur berbanding pasukan tuan rumah, wajar dipuji dan mempunyai masa depan cerah.

“Mereka adalah ‘hero’ di dalam hati rakyat Malaysia. Benar, mereka kalah di atas padang tetapi skuad muda negara kita telah membuktikan sesuatu kepada semua orang.

“Satu kekalahan yang agak menyakitkan kerana kita telah menyaksikan betapa komited mereka sepanjang beraksi 120 minit. 

“Namun saya, kekalahan kepada Vietnam tidak akan melemahkan kita sebaliknya akan menguatkan semangat lagi pemain-pemain kita di masa akan datang” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysia akan bertemu musuh tradisi Indonesia bagi penentuan pingat gangsa di Stadium Nasional My Dinh Hanoi hari ini manakala tuan rumah akan berdepan Thailand bagi merebut ibu segala pingat di Sukan SEA Vietnam.-UTUSAN ONLINE

 

habis

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.