JDT lebur rekod tanpa kalah Negeri Sembilan

JDT lebur rekod tanpa kalah Negeri Sembilan

PERTAHANAN Johor Darul Ta'zim, La'vere Lawrence Corbin-Ong (kiri) berjaya menghalang penyerang Negeri Sembilan, Matheus Alves dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jaringan Fernando Forestieri pada minit ke-100 membawa Johor Darul Ta’zim (JDT) meleburkan rekod tanpa kalah Negeri Sembilan, sekali gus merampas kembali kedudukan pendahulu Liga Super selepas menang 1-0, sebentar tadi.

Beraksi di hadapan lebih 20,000 orang penonton di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Bagaimanapun sehingga tamat separuh masa pertama, kedudukan terikat 0-0.

GAWANG Negeri Sembilan diasak JDT dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, malam ini. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Memasuki separuh masa kedua, perlawanan lebih banyak dikuasai oleh pasukan pelawat namun ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Ahmad Syihan Hazmi menafikan segala usaha barisan serangan Harimau Selatan.

Namun JDT akhirnya mendapatkan gol yang dicari menerusi sentuhan Forestieri pada minit terakhir masa kecederaan sekali gus tiga mata dibawa pulang oleh juara bertahan Liga Super tersebut.

Kemenangan JDT itu menyaksikan pasukan berkenaan merampas kedudukan teratas Liga Super dengan 15 mata.

Negeri Sembilan pula jatuh ditangga kedua, kekal dengan 14 mata diikuti rapat pasukan Kedah Darul Aman FC dengan 13 mata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya