Hatrik Ngah Wanja gagal bantu Kedah raih kemenangan

Hatrik Ngah Wanja gagal bantu Kedah raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaringan Hatrik Ronald Ngah Wanja gagal membantu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengutip mata penuh di Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) apabila sekadar seri 3-3 dengan tuan rumah, Petaling Jaya City (PJ City).

Skuad Sang Kenari yang bertandang ke Stadium MBPJ bagi mencari kemenangan selepas tewas dalam dua perlawanan terakhir kepada Sabah dan Melaka bermula garang dan berada didepan hasil jaringan Ngah Wanja pada minit ke-20.

Bagaimapun kegembiraan anak-anak buah Aidil Sharin Sahak tidak bertahan lama apabila penyerang PJ City FC, Darren Lok berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-28 selepas keadaan kelam kabut didepan gol KDA FC untuk gol kelimanya musim ini.

Pada minit ke-28 Ngah Wanja kembali menemui sentuhan jaringan apabila menyempurnakan hantaran Syafik Ahmad untuk meletakkan KDA FC kembali didepan 2-1 dan keputusan itu kekal sehingga babak pertama berakhir.

Bersambung pada babak kedua, PJ City FC memperkemaskan permainan dengan membawa masuk pemain kebangsaan R. Kogileswaran untuk menajamkan bahagian depan pasukan kendalian P. Maniam itu.

Bagaimanapun, Ngah Wanja bijak mengambil kesempatan untuk membwa bola secara solo pada minit ke-63 untuk meledak gol ketiganya iaitu hatrik dalam perlawanan berkenaan untuk meletakkan KDA FC 3-1 didepan.

Tidak berputusan asa, PJ City FC melakukan asakan dan cuba mencari gol untuk merapatkan jurang dan ianya berhasil apabila mereka berjaya menjaringkan gol kedua hasil tandukan cantik bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli pada minit ke-75.

Gol berkenaan ternyata membangkitkan semangat pemain PJ City untuk bangkit dalam perlawanan dan mereka memperolehi gol penyamaan pada minit ke-82 melalui tandukan Khyril Muhymeen Zambri yang menerima hantaran sepakan percuma Kogileswaran.

Keputusan seri 3-3 sama kekal sehingga wisel penamat ditiup pengadil dan KDA FC harus menyalahkan diri sendiri selepas gagal mengekalkan penguasaan walaupun berjaya mendahului 3-1 pada awal perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya