Harimau Kumbang rebah di kaki Sang Badak

Harimau Kumbang rebah di kaki Sang Badak

BADDROL Bakhtiar cemerlang meledak dua gol buat Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sabah melonjak ke tangga kedua Liga SUper selepas dua jaringan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar membantu Sang Badak menumpaskan Penang FC 4-2 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Kemenangan kelima daripada tujuh perlawanan itu membolehkan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee mengumpul 15 mata, berkongsi mata bersama pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bagaimanapun memiliki kelebihan dua perlawanan.

Negeri Sembilan yang seri 0-0 dengan Kedah di Alor Setar menghuni tangga ketiga liga, juga dengan mengutip 15 mata hasil lapan perlawanan.

Baddrol membolehkan Sabah bermula langkah kanan apabila meletakkan tuan rumah pada minit ke-23 selepas menyudahkan umpanan cantik Saddil Ramdani dari kiri pintu gol lawan.

Sabah memaksa pertahanan tuan rumah bekerja keras apabila mengatur serangan bertali arus, namun beberapa percubaan yang dilancarkan ke gawang lawan tidak menghasilkan gol tambahan dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Tujuh minit memasuki separuh masa kedua, Harimau Kumbang bangkit meledak gol penyamaan menerusi pemain tengah, T. Saravanan, namun kegembiraan tuan rumah tidak bertahan lama apabila Jackson de Souza kembali meletakkan Sabah di depan pada minit ke-58.

Dua minit berselang, sepakan akrobatik Baddrol membolehkan Sabah menjarakkan kedudukan 3-1 sebelum pemain import kelahiran England, Stuart John menambah derita Harimau Kumbang dengan menyempurnakan gol keempat pelawat pada minit ke-66.

Biarpun cuba mengejar, namun jaringan Hilal El-Helwe pada minit ke-76 tidak memadai untuk membantu Pulau Pinang bangkit dan kedudukan 2-4 kekal hingga tamat perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya