Empat gol De Bruyne bawa City hampiri kejuaraan EPL

Empat gol De Bruyne bawa City hampiri kejuaraan EPL

PEMAIN Manchester City meraikan kejayaan membenam Wolverhampton 5-1.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOLVERHAMPTON, United Kingdom: Pep Guardiola menyifatkan Kevin De Bruyne sebagai ‘sukar dibendung’ selepas bintang Belgium itu meledak empat gol ketika membelasah Wolverhampton 5-1, sekali gus membawa Manchester City menghampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

SKuad The Citizens kini tiga mata mengatasi Liverpool ketika liga berbaki dua perlawanan, malah memiliki perbezaan lebih tujuh gol berbanding Reds.

Itu bermakna, City hanya memerlukan empat mata dari kunjungan ke West Ham Ahad ini dan Aston Villa pada hari terakhir musim untuk dimahkotakan sebagai juara buat kali keempat dalam tempoh lima tahun.

Dengan prestasi ditunjukkan De Bruyne, mereka boleh berehat seketika apabila bintang Belgium itu menampilkan persembahan terbaiknya bagi membenam tuan rumah menerusi hatrik dalam tempoh 24 minit.

“Babak kedua liga lebih daripada sempurna.

“Dia sangat hebat, sentiasa ada naluri untuk membuat hantaran tapi kini lebih tajam.

“Dia ada naluri untuk menjaringkan gol dan banyak meledak jaringan, menjadikan dia pemain terhebat.

“Menjaringkan empat gol dalam perlawanan penting liga ketika ini amatlah mustahak,” kata Guardiola.

Selain jaringan De Bruyne pada minit ketujuh, 16, 24 dan 60, Raheem Sterling turut menambah satu gol buat The Citizens. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya