Pemain muda negara akur kehebatan Thailand

Pemain muda negara akur kehebatan Thailand

Skuad badminton lelaki berpuas hati dengan pingat perak di Sukan SEA Vietnam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Membariskan barisan kedua pada Sukan SEA 2021, Malaysia gagal membawa pulang pingat emas acara badminton berpasukan lelaki selepas tumpas 0-3 kepada Thailand di Gimnasium Bac Giang, sebentar.

Kejayaan melangkah ke final sudah dianggap ‘bonus’ buat pemain muda negara, yang sebelum ini melakar sensasi menyingkirkan Singapura di separuh akhir.

Thailand meraih mata pertama menerusi juara Terbuka Jerman, Kunlavut Vitidsarn yang tidak berdepan masalah untuk menewaskan Kok Jing Hong 21-10, 21-15 dalam perseorangan pertama.

Malaysia cuba mencari mata penyamaan menerusi beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, namun ia tidak menjadi kenyataan selepas mereka kalah dalam pertarungan sengit 20-22, 20-22 kepada Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong.

Malaysia kemudian meletakkan harapan kepada perseorangan kedua, Lee Shun Yang untuk mencari mata kebangkitan namun, segalanya musnah apabila pemain negara itu tumpas 16-21, 21-13, 21-19 kepada Khosit Phetpradab.

Selepas memenangi perak dalam berpasukan, fokus badminton kini adalah memburu pingat dalam saingan individu yang bermula esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya