Ayzek tekad gapai kilauan pingat di Sukan SEA Vietnam

Ayzek tekad gapai kilauan pingat di Sukan SEA Vietnam

Ayzek Hakimi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ayzek Hakimi Safingan yang merupakan Politeknik Merlimau (PMM) semalam telah menaiki penerbangan ke Vietnam bagi mewakili Malaysia sebagai atlet PPetanque di Sukan SEA Hanoi bermula 12 sehingga 23 Mei 2022 .

Menurut beliau, ini merupakan kali pertama beliau mewakili Malaysia bagi Temasya Sukan terbesar di Asia Tenggara itu selepas beberapa siri kejayaan yang beliau kecapi menerusi beberapa kejohanan.

“Saya amat bersyukur kerana sempena Sukan SEA ke-31 kali ini telah terpilih sebagai atlet acara Petanque bagi kategori Triple Lelaki.

“Sememangnya melihat kepada track record saya sebelum ini antara sebab dapat mewakili Malaysia,” kata beliau yang merupakan anak jati kelahiran Selangor.

Antara pencapaian beliau sebelum ini ialah merangkul emas di Asian Petanque Championship (Shooting), emas berpasukan di SUKMA 2018, emas di Kejohanan Petanque Angkasa Kebangsaan 2018 dan beberapa
lagi kejohanan berprofail tinggi.

Anak ketiga daripada tujuh orang adik beradik ini merupakan pelajar semester satu, Diploma Pemasaran PMM juga amat berbangga kerana bukan sahaja dapat mengharumkan nama PMM tetapi Negeri Melaka
secara amnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Politeknik Merlimau, Norizam Sekak dan Ketua Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Amir Awang Muda memberi kata semangat kepada saya di
KLIA semalam. Insya-Allah saya akan melakukan yang terbaik demi PMM, Negeri Melaka dan Negara,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN