XOX pemilik baharu Perak FC

XOX pemilik baharu Perak FC

KEMELUT kewangan yang melanda Perak FC akhirnya bakal terlerai selepas XOX Berhad sah bakal mengambil alih kelab Liga Perdana itu menerusi MoU yang dimeterai di Tropicana, Petaling Jaya, semalam. - IHSAN PERAK FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut kewangan yang melanda Perak FC bakal selesai selepas XOX Berhad (XOX) telah diumum sebagai pemilik baharu Perak FC berkuatkuasa hari ini.

XOX telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perak FC mengenai pengambilalihan kelab Liga Perdana itu dengan proses perundangan yang penuh dan wajar untuk dimuktamadkan.

Perkara itu disahkan oleh Unit Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), di mana XOX telah berjaya menyediakan semua dokumen seperti yang diminta oleh MFL pada hari ini yang juga merupakan tarikh akhir iaitu pada 29 April 2022.

Jelas MFL, pengurusan tertinggi XOX telah pun bertemu dan berbincang dengan ketua jurulatih dan pembantu jurulatih Perak FC serta dua pemain mengenai komitmen mereka selain turut membincangkan hala tuju pasukan dalam jangkamasa pendek dan panjang, isu gaji tertunggak dan juga rancangan selepas sekatan perpindahan ditarik balik.

“MFL percaya kedatangan XOX bukan sahaja menandakan permulaan semula Perak FC yang disokong oleh korporat yang kukuh dan teratur, tetapi sebab yang tepat ini juga menandakan pergerakan positif ke arah kemasukan satu lagi syarikat besar ke dalam pemilikan sesebuah kelab bola sepak di Malaysia.

“MFL yakin bahawa Perak FC kini akan dapat bergerak ke hadapan dengan penuh keyakinan dan sebaik sahaja semua proses pengambilalihan yang begitu besar telah berjaya diselesaikan,” kata MFL dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya