Ulsan tak rela ulangi kesilapan

Ulsan tak rela ulangi kesilapan

PEMAIN Ulsan Hyundai lebih bersedia untuk menghadapi JDT kali ini berbanding ketika kalah 1-2 pada aksi pertama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengendali Ulsan Hyundai FC, Hong Myung Bo enggan mengulangi kesilapan pada pertemuan lalu yang menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya memperoleh kemenangan dengan menghukum kesilapan lawan.

Bekas jurulatih Korea Selatan itu berkata, pasukan kini lebih bersedia setelah mengetahui sejauh mana kekuatan pasukan lawan dan mempunyai perancangan rapi bagi menyekat dua penyerang import, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri.

Katanya, dua pemain itu perlu diberi tumpuan penuh setelah kedua-dua mereka menjaringkan gol ketika membantu JDT menang 2-1 pada pertemuan lalu.

“Bergson dan Forestieri bukanlah calang-calang, mereka pemain berkualiti tinggi. Memandangkan mereka pernah meledak gol ketika menentang kami, pasti timbul keyakinan untuk mengulangi kejayaan itu.

“Oleh itu, kita perlu lebih bersedia untuk mematikan pergerakan mereka dan tidak memberikan ruang untuk berleluasa.

“Kita perlu belajar daripada perlawanan dahulu dan tidak boleh melakukan kesilapan sama. Ulsan Hyundai akan tampil lebih bersedia untuk menghadapi mereka esok,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Dalam pada itu, Myung Bo turut melahirkan kekecewaan apabila pihak Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) yang menolak permintaan pasukan untuk berlatih selama sejam sebelum perlawanan.

Katanya, adalah penting buat pemain untuk menyesuaikan keadaan padang di Stadium Sultan Ibrahim, di sini kerana ia berbeza dengan padang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dan padang latihan di Educity, di sini.

“Saya kecewa dengan keputusan AFC yang menolak permintaan kami yang ingin menyesuaikan diri. Saya pernah terlibat dalam empat Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih, perkara ini tidak pernah berlaku.

“Ketika ACL musim lalu di Thailand juga isu ini tidak timbul setelah pasukan berada di kondisi yang sama. Kami tertanya-tanya adakah ini memberi kelebihan kepada JDT, harap AFC pertimbangkan perkara itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemain Ulsan Hyundai, Seol Young-woo berkata, soal kecergasan pemain tidak menjadi penghalang buat pasukan untuk memburu kemenangan penting apabila berhadapan JDT.

“Kalau cakap soal kelesuan dan tahap kecergasan, JDT juga pasti alami perkara yang sama, kami perlu berjuang sehabis baik untuk membawa pulang tiga mata ke Korea Selatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya