Terjun mahu bolot lapan emas di Vietnam

Terjun mahu bolot lapan emas di Vietnam

LEONG MUN YEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Turun dengan reputasi sebagai gergasi Asia Tenggara, skuad terjun Malaysia hadir ke Sukan SEA Vietnam bulan dengan dengan misi membolot semua lapan pingat emas yang ditawarkan.

Satu-satunya perkara yang menimbulkan kerisauan dalam kem Malaysia ketika adalah venue pertandingan kerana mereka mempunyai masa yang singkat untuk menyesuaikan diri.

Pengurus terjun negara ke edisi 31 temasya, Datuk Leong Mun Yee berkata, persediaan untuk mencuba papan terjun sangat penting buat semua atlet bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya rasa kita kena bersedia lebih daripada biasa sebab venue mereka baharu, papan pun baharu. KIta kena mencuba papan itu sebab takut licin, tergelincir, jadi kita kena buat percubaan di situ dengan baik,” katanya.

Kerisauan itu turut dikongsi atlet yang bakal membuat penampilan kali keempat, Muhammad kerana pasukan terjun hanya akan bertolak ke sana dua hari sebelum perlawanan.

“Kami cuma ada satu hari setengah sahaja untuk berlatih. Masa yang singkat untuk saya mencuba papan… nak rasa kesejukan kolam sebab perkara-perkara ini boleh mengganggu prestasi,” katanya.

Syafiq sebelum ini pernah merangkul emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, perak dalam Sukan SEA Filipina dan No. 4 dalam Sukan SEA Singapura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN