Ten Hag dapat bajet RM666 juta untuk pulihkan MU

Ten Hag dapat bajet RM666 juta untuk pulihkan MU

ANTONY menjadi sasaran utama Erik Ten Hag untuk dibawa masuk ke Manchester United musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Bos baharu Manchester United, Erik ten Hag diberikan bajet besar 120 juta pound (RM666.37 juta) untuk memulihkan pasukan musim depan.

Dana besar itu bakal digunakan untuk membawa masuk bintang Ajax, Antony dan Lisandro Martinez, selain Kalvin Phillips.

Bajet dikatakan akan me­ningkat jika United berjaya menjual mana-mana pemain pada pasaran perpindahan.

Antony menjadi sasaran utama Hag dan pemain sayap Brazil itu boleh ditandata­ngani pada harga 50 juta pound (RM277.65 juta) ekoran prestasi hebat di Eredivisie musim ini iaitu mencatat lapan gol dan empat um­panan.

Seorang lagi bintang Ajax, Martinez dan pertahanan Juventus, Matthijs de Ligt turut dikaitkan.

Matthijs de Ligt

Di bahagian tengah, Phillips dilihat alternatif kepada bintang West Ham yang turut menjadi buruan, Declan Rice.

The Hammers meletakkan 150 juta pound (RM833 juta) sebagai tanda harga Rice bagi mengelakkan United membeli pemain mereka.

Ten Hag, 52, disahkan sebagai pengurus baharu kelab Khamis lalu menerusi perjanjian tiga tahun dengan pilihan tambahan setahun lagi.

DECLAN RICE

Pengendali Belanda itu berdepan cabaran hebat di Old Trafford kerana mewarisi pa­sukan yang sedang bergelora selepas mengharungi lima musim tanpa trofi, dan tergelincir ke tangga keenam liga.

Bintang Perancis, Paul Pogba antara empat pemain yang ­tamat kontrak pada penghujung musim ini.

Kontrak Edinson Cavani, Jesse Lingard serta Juan Mata juga akan berakhir Jun ini, dan mereka kelihatan bersedia untuk meninggalkan kelab.

PAUL POGBA

Nemanja Matic pula mengumumkan dia kini beraksi pada musim terakhir di Old Trafford.

Turut tersenarai bakal meninggalkan United adalah Eric Bailly, Phil Jones, Anthony Martial dan Andreas Pereira. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN