Ronaldo masih relevan buat Ten Hag

Ronaldo masih relevan buat Ten Hag

CRISTIANO Ronaldo meledak gol penyamaan Manchester United ketika seri 1-1 menentang Chelsea.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ralf Rangnick percaya, Cristiano Ronaldo masih mampu memberi sumbangan besar kepada Manchester United selepas sekali lagi menjadi penyelamat pasukannya ketika seri 1-1 menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Ronaldo sekali lagi mempamerkan ketajamannya di depan pintu gol apabila memadam kelebihan jaringan yang dimiliki Blues menerusi Marcos Alonso di Old Trafford.

Keputusan itu menyaksikan Chelsea kekal di tangga ketiga liga dengan 66 mata, manakala United di tempat keenam menerusi 55 mata, ketinggalan lima mata di belakang pasukan tempat keempat, Arsenal yang memiliki kelebihan dua perlawanan.

Tidak banyak boleh dibanggakan United musim ini, sama ada di bawah Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat pada November lalu sebelum Rangnick diberi tugas sebagai pengendali sementara.

Begitupun bintang Portugal, Ronaldo yang memenangi anugerah Ballon d’Or lima kali antara yang boleh memberi sedikit keceriaan kepada penyokong Red Devils dan Rangnick menyarankan kepada bakal bos baharu pasukan, Erik Ten Hag, pemain itu masih relevan untuk dikekalkan.

Jaringan Ronaldo pada minit ke-62 itu adalah gol ke-17nya musim ini dalam liga.

“Bukan hanya gol dijaringkan Cristiano, tetapi keseluruhan prestasinya memang bagus dan pada usia 37 tahun, apa yang dilakukannya bukan sesuatu yang normal.

“Jika dia terus bermain seperti hari ini, dia masih boleh membantu pasukan ini.

“Ini adalah sesuatu yang bagus buat kami. Chelsea menguasai permainan pada babak pertama dengan aksi tersusun pemain ternama mereka,” kata Rangnick yang akan digantikan pengurus Ajax Amsterdam, Ten Hag pada hujung musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN