Pemburuan pingat mencabar dengan skuad muda

Pemburuan pingat mencabar dengan skuad muda

PASUKAN sepak takraw Malaysia yang akan beraksi pada Sukan SEA Vietnam, bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan sebahagian besar pemain muda dalam skuad sepak takraw kebangsaan ke Sukan SEA Vietnam bulan depan mengejutkan ramai pihak, termasuk bekas pemain sepak takraw kebangsaan, Farhan Adam yang menyifatkan laluan getir bakal menanti mereka pada temasya dwi tahunan itu.

Kapten Selangor Pistons itu percaya, khidmat pemain senior amat diperlukan di Sukan SEA, terutama di posisi tekong apabila keempat-empat pemain yang disenarai ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad terdiri dalam kalangan pemain muda yang baru berusia 21 tahun.

“Saya memang tidak menduga jurulatih akan memilih 80 peratus pemain muda untuk Sukan SEA kali ini terutama di posisi tekong.

“Dengan barisan pemain muda ini, saya berasakan laluan memburu pingat memang agak sukar, tapi saya cuma berharap beberapa pemain senior di posisi apit kiri dan kanan mampu membantu tekong-tekong muda ini nanti,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

SYAHIR Rosdi sepatutnya dibawa bersama ke Vietnam.

Menurutnya, untuk apit kiri dan kanan masih ada pemain senior, cuma posisi tekong hanya Muhammad Zarif Merican Ibrahim Merican yang ada pengalaman beraksi pada Sukan SEA.

Jelas Farhan, alangkah baiknya jika ada sekurang-kurangnya seorang tekong senior sama ada Zulkifli Abdul Razak atau Mohammad Syahir Mohd Rosdi berada dalam skuad, jika benar jurulatih mahu memberi pendedahan kepada pemain pelapis.

“Saya faham jika jurulatih memberikan alasan untuk memberi peluang kepada pemain muda, memandangkan sepak takraw amat kurang pertandingan antarabangsa tahun ini kerana kita hanya ada Sukan SEA dan Sukan Asia,” ujarnya.

FARHAN ADAM

Bagaimanapun, apit kiri berusia 33 tahun itu memberitahu, penampilan skuad negara pada Sukan SEA bertujuan untuk memburu pingat dan pemilihan pemain juga perlulah seimbang bagi membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap.

“Apa-apa pun kita kena terima keputusan jurulatih. Hanya dia yang lebih mengetahui mengapa barisan ini yang dipilihnya. Mungkin juga ia merupakan kemahuan Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia.

“Mungkin juga keputusannya membawa pemain muda di Sukan SEA bagi mencari pemain tambahan untuk mengukuhkan skuad Sukan Asia,” tambah Farhan.

Ketika ditanya pula sama ada masalah disiplin menjadi punca jurulatih memilih pemain muda, Farhan bagaimanapun menepis dakwaan tersebut dan menegaskan tidak timbul masalah berkenaan dalam kalangan pemain senior. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya