Pemain Perak FC beraya dengan senyuman

Pemain Perak FC beraya dengan senyuman

PERAK FC akan kembali ke Liga Super musim depan tanpa mengira apa berlaku dalam Liga Perdana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belum pun menandatangani kontrak rasmi pengambilalihan Perak FC, bakal pemilik baharu, XOX Berhad sudah menghadirkan kegembiraan kepada Bos Gaurus apabila memberi sumbangan duit raya RM100,000.

Sedar dengan ‘azab’ yang dihadapi pemain dan pegawai kerana beberapa bulan tidak menerima gaji, syarikat telekomunikasi gergasi itu turut mengumumkan pemberian kuih raya kepada seluruh pasukan bagi membolehkan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan ceria.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah bagaimanapun enggan menyentuh soal bilakah pembayaran gaji penuh pasukan akan dilangsaikan kerana pengambilalihan itu hanya akan ditandatangani 14 hari dari sekarang.

MUHAMMAD YUNUS ZAKARIAH

Semalam, Perak FC menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan XOX dengan disaksikan CEO Liga Bola Sepak Malaysia, Stuart Ramalingam.

“Perak FC sudah ada bakal pemilik. Hari ini kita menandatangani MOU dengan XOX, dan dalam 14 hari akan datang kita menandatangani sale and purchase agreement (perjanjian jual beli).

“Hari ini kira macam majlis bertunang, akad nikah dalam 14 hari lagi. Tapi ini langkah terakhir menandakan Perak FC sudah ada pemilik baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

RM100,000 DUIT RAYA, XOX AKAN LANGSAI SEMUA TUNGGAKAN?

 

KEMELUT kewangan yang melanda Perak FC terlerai selepas XOX Berhad sah bakal mengambil alih kelab Liga Perdana itu menerusi MoU yang dimeterai di Tropicana, Petaling Jaya semalam. – IHSAN PERAK FOOTBALL CLUB

 

Sementara itu, TKKR Racing Team, pasukan yang ditaja oleh XOX dan berlumba dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, RM100,000 yang disumbangkan kepada pasukan Bos Gaurus adalah untuk membolehkan pemain dan pegawai menyambut Hari Raya. 

“Adakah gaji pemain akan di lunaskan sepenuhnya ? Ya. 

“Bagaimanapun sebagai syarikat berhad ia perlu melalui proses due dilligence dan akan dilakukan secepat mungkin,” kata kenyataan itu. 

XOX syarikat telekomunikasi yang tersenarai dalam bursa saham Malaysia dan antara korporat cukup berjaya serta menjadi penaja beberapa acara, terutama permotoran.

Perak FC muncul pasukan kelima dalam Liga Malaysia (Liga M) dimiliki sepenuhnya orga­nisasi swasta tanpa ada penglibatan atau perkongsian saham Kerajaan Negeri atau Persatuan Bola Sepak Negeri (FA).

Kelab lain adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Petaling Jaya City (PJ City), Kelantan FC dan Sri Pahang FC.

Sebelum ini, First Instance Body (FIB) memberi talian ha­yat kepada Perak sehingga semalam selepas mereka gagal melunaskan tunggakan gaji pasukan sehingga menyebabkan kelab dipotong sembilan mata.

Menurut Pengerusi FIB, Sheikh Mohd. Nasir, selepas meneliti dan menperhalusi permohonan Perak pada 18 April 2022, pihak Jawatankuasa FIB memberikan ruang untuk pihak pengurusan kelab menyelesaikan segala proses rundingan, di mana tempoh itu berakhir semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya