Peluang Liverpool gelap jika kalah

Peluang Liverpool gelap jika kalah

PEMAIN Liverpool menjalani latihan akhir di Pusat Latihan AXA, Liverpool semalam menjelang pertembungan dengan Manchester City malam ini. – IHSAN LIVERPOOL FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool hanya memiliki peluang 14 peratus untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) jika kalah kepada Manchester City malam ini, menurut ­kajian statistik.

Analisis syarikat data Nielsen Gracenote menunjukkan peluang Reds untuk merebut gelaran akan turun secara drastik jika gagal pulang bersama kemenangan kerana mereka akan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu ketika liga berbaki tujuh perlawanan.

Kemenangan akan meletakkan skuad bimbingan Jurgen Klopp sebagai pilihan juara, namun peratusan yang dimiliki tidaklah terlalu besar hanya 68 peratus berbanding City yang memiliki peluang 86 peratus untuk bergelar juara jika menang di Etihad.

Keputusan seri pula tidak banyak merubah situasi dengan dengan pasukan kendalian Pep Guardiola masih diletak sebagai pilihan untuk menang 63 peratus berbanding Liverpool 37 peratus.

Menurut kajian Nielsen Gracenote, serangan yang dimiliki Liverpool lebih ampuh dengan melancarkan 557 percubaan gol musim ini, meningkat hampir 30 peratus berbanding musim lalu.

Kira-kira dua pertiga daripada percubaan dilakukan penjaring terbanyak liga, Mohamed Salah, diikuti Sadio Mane, Diogo Jota, Roberto Firmino dan pemain yang baru dibawa masuk Januari lalu, Luis Diaz.

Menjelang pertembungan pa­ling mencuri tumpuan itu, Klopp mengusik pengendali City, Pep Guardiola bahawa dia boleh menjangkakan sebarang kemungkinan kecuali ­formasi 5-5-0 (permainan bertahan).

Dia merujuk kepada rungutan Guardiola terhadap Atletico ­Madrid yang dikatakan bermain secara bertahan dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

“Saya tidak bimbang dengan mentaliti pemain-pemain saya, kami sudah belajar selama bertahun-tahun untuk berada dalam permainan seperti ini.

“Selepas perlawanan (tewaskan Benfica 3-1 dalam suku akhir Liga Juara-Juara, Rabu lalu), mereka jelas sudah bersedia untuk pertembungan di Manchester. Dari sudut pandangan bola sepak, kedua-dua pasukan tidak akan bermain 5-5,” kata Klopp.

Formasi 4-3-3 sering menjadi pilihan Klopp sepanjang membimbing Reds, namun pengendali dari Jerman itu juga pernah bertukar kepada 4-2-3-1, 4-4-2 dan 4-2-4.

Jika dia mahu memasukkan semua senjata serangan yang ada – Firmino dan Salah mungkin ber­ada di depan, manakala Mane di sayap kiri dan Jota kanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN