Mustahil Leeds kalahkan Manchester City

Mustahil Leeds kalahkan Manchester City

MANCHESTER City akan berdepan Chelsea di pusingan ketiga Piala Liga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Paul Merson tidak melihat sebarang cara untuk Leeds United mengalahkan Manchester City apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Bekas bintang Arsenal yang kini menjadi pengulas di Sky Sports berkata, meramalkan The Citizens akan menang 3-0 di Elland Road.

“Saya tidak melihat apa-apa selain kemenangan City di sini. Liverpool mungkin akan memenangi perlawanan mereka, jadi ini adalah satu lagi perlawanan besar untuk mereka.

“Leeds lebih sukar untuk ditewaskan sejak pengurus baharu mereka masuk, tetapi saya tidak nampak bagaimana mereka akan menghentikan Manchester City,” kata Merson.

City bagaimanapun akan bertandang ke tempat lawan tanpa dua pertahanan, John Stones dan Kyle Walker.

Walker terlepas aksi Liga Juara-Juara ketika menewaskan Real Madrid 4-3, Rabu lalu, dan jika dia tidak kembali, Ferdinanho akan mengisi posisi bek kanan.

City tidak boleh keciciran mata kerana hanya memiliki kelebihan satu mata ke atas Liverpool ketika saingan berbaki lima perlawanan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN