Maloney yakin kelab akan penuhi janji lepaskan pemain ke Sukan SEA

Maloney yakin kelab akan penuhi janji lepaskan pemain ke Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya lima daripada 31 pemain skuad Bawah-23 (B23) yang dipanggil ke kem latihan pusat hadir melaporkan diri untuk sesi latihan pertama mereka di Wisma FAM kelmarin sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan SEA Vietnam bulan depan.

Lima pemain berkenaan ialah adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Selangor FC), Muhammad Fahmi Daniel Mohd. Zaaim, Muhammad Faiz Amer Runnizar (Selangor FC II), Muhammad Shafi Azswad Sapari (JDT III) dan Muhammad Haqimi Azim Rosli (KL City FC).

Difahamkan, 24 lagi pemain yang beraksi dalam saingan dalam Liga Super dan Liga Perdana akan melaporkan diri secara berperingkat dalam masa terdekat kerana buat masa ini mempunyai komitmen liga dengan pasukan masing-masing.

BRAD Maloney memberi arahan kepada pemain yang hadir dalam sesi pertama latihan semalam.

Sementara itu, pengecualian diberikan kepada dua pemain muda negara yang berpengkalan di luar negara iaitu Muhammad hadi Fayyadh Abdul Razak dan Luqman Hakim Shamsudin yang dijangka akan pulang minggu hadapan untuk menyertai kem latihan pusat.

Menurut pengendali skuad bawah B-23 tahun negara, Brad Maloney, terdapat beberapa pasukan yang telah meminta agar pemain mereka diberikan pelepasan untuk hadir selepas berakhirnya aksi Liga Super pada hujung minggu ini.

“Pada masa ini kami sedang berbincang dengan kelab, jadi saya percaya pemain akan melaporkan diri, tetapi ia berkaitan bila mereka yang dipanggil ini akan laporkan diri,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Selain itu kata Maloney, dia yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan menghasilkan sesuatu di temasya Sukan SEA sekiranya dapat mengumpulkan pemain terbaik.

“Muhammad Hadi dan Luqman Hakim akan melaporkan diri masing-masing pada 25 dan 29 April. Saya tahu kebolehan Luqman kerana telah bekerjasama dengannya banyak kali, beliau aset bernilai untuk pasukan ini dan sentiasa bersedia bermain untuk negara.

“Hadi pula, kami tidak memanggil dia untuk setahun, dia baru pulih daripada kecederaan baru-baru ini dan telah mula bermain dan berlatih semula. Kami akan lihat dan menilai tahap kecergasannya selepas dia,” katanya.

Dalam saingan di Sukan SEA Vietnam, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Singapura, Kemboja dan Laos.

Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Thien Truong Stadium, Nam Dinh dan hanya dua pasukan terbaik akan layak ke separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya