Klopp kekal di Anfield sehingga 2026

Klopp kekal di Anfield sehingga 2026

JURGEN KLOPP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Jurgen Klopp memadam segala khabar angin dia akan meninggalkan Liverpool selepas menandatangani kontrak baharu sebagai pengurus Reds untuk dua tahun lagi.

Kontrak pengendali dari Jerman itu sepatutnya berakhir pada 2024, dan dia kini akan kekal di Anfield sehingga 2026.

“Terlalu banyak yang saya sayang di sini.

“Sebelum datang ke sini, banyak perkara yang saya tahu tentang kelab ini. Selepas tiba, saya tahu lebih banyak lagi dan sekarang…Saya tahu lebih daripada sebelumnya.

“Sama seperti hubungan baik yang lain, ia mesti melibatkan dua pihak, anda perlu sesuai antara satu sama lain. Perasaan itu sememangnya sesuai antara satu sama lain yang membuatkan saya datang ke sini dan kerana itu saya menyambungnya sebelum ini,” kata Klopp.

Menurut Klopp, ketika pemilik membayangkan kemungkinan untuk menyambung kontrak, dia bertanya kepada diri sendiri persoalan ‘adakah saya masih ada tenaga untuk terus memenuhi impian kelab’.

“Saya tidak perlu masa yang panjang untuk menjawabnya. Jawapannya sangat mudah…Saya sangat sayangkan tempat ini dan saya rasa bagus!” Katanya.

Liverpool masih mengejar empat trofi musim ini selepas memenangi kejuaraan pertamanya dalam Piala Liga.

Reds hanya satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City berbaki lima perlawanan, mendahului Villarreal 2-0 pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara dan akan menentang Chelsea dalam final Piala FA, 14 Mei depan.

Klopp telah membawa Liverpool merangkul kejuaraan Eropah, Liga Perdana dan Piala Dunia Kelab sejak tiba di Anfield pada 2015. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN