Jangan 'merajuk', MSN mahu skuad muda ke Sukan SEA

Jangan ‘merajuk’, MSN mahu skuad muda ke Sukan SEA

PASUKAN sepak takraw Malaysia yang akan beraksi pada Sukan SEA Vietnam, bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jangan merajuk atau berasa hati, pemilihan lebih 80 peratus pemain muda ke Sukan SEA di Hanoi bulan depan adalah kehendak Majlis Sukan Negara (MSN) dan bukan keputusan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Pengakuan itu dibuat sendiri presiden PSM, Datuk Mohd. Sumali Reduan yang secara terbuka mendedahkan MSN sejak awal-awal lagi telah meminta barisan pemain muda di terbangkan ke Vietnam.

“Saya sedar ada dalam kalangan pemain senior tersinggung kerana tidak terpilih untuk ke Vietnam, tetapi terus terang saya cakap, keputusan ini adalah kemahuan MSN.

“Datuk (Ahmad) Shapawi (Ketua Pengarah MSN) sendiri telah meminta kita menyenaraikan pemain muda. Syarat MSN cukup jelas, mereka mahukan pemain di bawah usia 25 tahun,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PSM di sini kelmarin.

SUMALI REDUAN

Menurutnya, bukan sahaja skuad sepak takraw yang diarah bertindak demikian, malah, pihaknya dimaklumkan bahawa pasukan boling turut membariskan pemain muda.

Jelas Sumali, membawa atlet berusia bawah 25 tahun merupakan hala tuju yang telah digariskan oleh MSN kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menyediakan pelapis kebangsaan untuk jangka panjang.

“Disebabkan pendirian MSN itu, saya telah meminta ketua jurulatih skuad kebangsaan, Abdul Talib Ahmad agar menyenaraikan pemain muda di bawah 25 tahun dan hasilnya seperti yang telah semua sedia maklum apabila senarai pemain dikeluarkan baru-baru ini,” ujarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya ada membuat permohonan untuk membawa beberapa pemain senior ke Hanoi, tetapi bilangan tersebut amat terhad mengikut garis panduan MSN.

Mengulas lanjut tentang persediaan skuad sepak takraw, beliau memberitahu, pada ketika ini, para pemain yang terpilih telahpun mula menyertai kem latihan bersama skuad kebangsaan dengan pasukan wanita berpangkalan di Terengganu, manakala skuad lelaki di Janda Baik, Pahang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya