Gol Bednarek sukarkan misi Arsenal - Utusan Malaysia

Gol Bednarek sukarkan misi Arsenal

Jan Bednarek meraikan jaringannya ketika membantu Southampton menumpaskan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal bukan sahaja gagal memanfaatkan kekalahan pencabar utama mereka, Tottenham beberapa minit sebelum memulakan perlawanan, malah dipintas oleh Manchester United selepas tewas 1-0 kepada Southampton.

Jan Bednarek menjaringkan gol tunggal permainan pada lewat separuh masa pertama untuk memberi kekalahan yang membawa kesan besar kepada misi Gunners untuk memburu kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

PENJAGA gol Southampton, Fraser Forster menyelamatkan percubaan Granit Xhaka.

Ketangkasan penjaga gol Southampton, Fraser Forster turut menyumbang kepada kekalahan anak-anak buah Mikel Arteta.

United yang menumpaskan Norwich 3-2 dalam satu lagi perlawanan, memintas Arsenal di kedudukan kelima dengan berkongsi 54 mata.

Tottenham yang sebelum itu kalah 0-1 kepada Brighton di laman sendiri, kekal di tangga keempat dengan 57 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN